Pemimpin reformis Zhao_Ziyang

Zhao diangkat menjadi Perdana Menteri pada tahun 1980 untuk menggantikan Hua Guo-feng. Sebagai perdana menteri, beliau melaksanakan banyak dasar yang berjaya terutama Sichuan - 'kawasan perintis'. Tetapi pembaharuan ekonomi itu dikecam kerana menyebabkan inflasi . Beliau membina hubungan baik dengan negara-negara Barat yang dapat bantuan pembangunan ekonomi China.

Pada 1980-an, Zhao dilabel sebagai Revisionis dari Marxisme . Dia menganjurkan transparansi kerajaan dan dialog kebangsaan dengan orang awam dalam proses pembuatan dasar.

Pada bulan Januari 1987, Deng Xiaopeng pemimpin reformis memaksa Hu Yaobang mengundurkan diri kerana terlalu lembut terhadap pemrotes mahasiswa Dataran Tiananmen 1989. Berikutan itu Zhao dilantik menjadi Setiausaha BPK.

Zhao merupakan pemimpin pertama menyokong pengurangan kawalan negara dalam syarikat-syarikat dengan meningkatkan pemilikan swasta melalui saham. Walaupun idea merupakan tabu (ditakuti) selama era Zhao, tetapi mulai dilaksanakan pada 1990-an.